Klik me once please! :)

Followers

Thursday 28 February 2013

Tutorial 3 : Doily Flower

Yesterday, after Maghrib I felt asleep.. then I woke up around 10pm..
Terus tak boleh lena dah... So, i came out with this simple DIY thingy...
This can be use as bouquet,doorgift and etc...
apa Dila nak buat dengan benda alah ni? Tunggu......heee

Jom DIY sama2!
Check out my simple tutorial,









Dila buat sampai pukul 1. Ada la siap dlm 10pcs.Then masuk tidur balik sebab pikir esok keja..
If not,Dila sambung je buat sampai lebam!huhuu

Happy DIY-ing pretty! :)

Wednesday 27 February 2013

DIY 4 : Kad Kahwin - Help me decide!!!!

Ingat lg tak haritu Dila beriya design pakai photoshop?
boleh klik sini

yang ni Dila semangat wt free hand plak..except for the wording :)

And now, I can't decide which one is better utk invitation card pny front..
B2B semua tolong Dila pilih boleh? ;)



DESIGN 1



 DESIGN 2


feel free to drop any comment utk Dila improve anything else ye..muchas gracias!

till then :*


*background brown to knun2 bila dh print atas Kraft Card ^^,

Jatuh cinta pandang banyak kali


Couldn't stop myself from adoring this bride so much..
She's so pretty.. her bouquet, her dress, veil... and everything seems so perfect!
:)

Tuesday 26 February 2013

DIY 3 : Doodle 2 (versi AutoCAD)

Malas wat drawing....
Lain yg Dila buat :P

pemalas nk sketch,guna AutoCAD..pon boleh..semangat!heeee


Typical Malay Wedding

Sekarang ni kenduri xkira masa dh kan? Every moth ada ja invitation..Dulu kotla masa cuti skolah ja..but now it happens everytime..agreed? Sila angkat idung :)

Jom kita list down few things yg selalu happen in Malay wedding. Just little some, jgn ada yg sue sy plak if ada slh ckp..hueee

1) Mekap yang amat TEPUNG GOMAK


Jangan terkejut,most bride look like this in reality. Dalam picture cantik je,kenapa? Sebab OP dh susah pyh edit bg jd cantik... Ayat MUA " Sy mekap cntik,kalo dlm gambaq mmg mabeles.." Hakikatnya, cuba tangkap pakai kamera henpon/compact, outcome dea boleh buat anda semua pengsan. Tolong MUA, keep it natural.. Penat bride request natural, awk tetap tenyeh muka jd tepung gomak...
*xsemua mcm ni, ada je yg mekap cantik :)


2) Baju Pengantin Ala Pertandingan Beragam Masa Tadika


Menarik..penuh dengan labuci,ropol dan sebagainya.. Ada peluang menang tempat pertama pertandingan pakaian beragam. Tak salah nk over ms wedding, tp jgnla sampai membadutkan diri sendiri. Ni pendapat masing2 ye... mgkin setengah orang suka this look, but for me a big NAYYYY! :)

Dila rasa cukup dua dulu kot..tak pasal2 Dila kena saman plak sebab entry ni..huhuhu..
Tepuk dada, tanya selera :)

* pesanan buat wedding vendor : lain client lain citarasa.. mungkin awak rasa cntik mcm tu, tp si dia xsuka.jangan paksa benda yg client xsuka..they pay you for the service rite? let them decide :)

Monday 25 February 2013

Idea Persalinan Sanding Ala Jawa

Assalamualaikum..
Dila xpernah plak terfikir nak ada tema itu ini utk wedding Dila. Yang penting bg Dila,warna..tu je..

Alkisahnya semalam, Ejam pergi butik with his family.Dila xfollow sebab dah malam. Penat balik kursus kawen sama.. Bajet nk rest jela kat umah. Then dia mesej cakap Mak & Abah pilih baju warna kuning diRaja.. alamak,umah Dila decor dh wrna kuning..mcm xbest plak dua2 pihak pon warna kuning. So, Dila jd down a bit. Dila xkata xmau, just mcm bangkang xbangkang la warna tu. Nak tolak xbaik plak sebab warna tu Mak & Abah Ejam yg pilih. Jahatnya Dila kalo Dila reject.. 

Nak sedapkan hati Dila, Ejam pon cakap xpa2, nt kt mai dua tgk sendiri mana yg elok. Dila kata xpela, Dila ikot ja mana2 pon. Akibat kesedihan, Dila pon  mesej Ejam kata nk tidoq dh padahal ayaq mata dok bertakung sedih..hueee..hipokrit sgt kan? 
Ejam cakap, xjadi kuning..kita pakai Ala Jawa..huh? Dila blurr. kenapa Jawa? Ejam cakap side Abah Ejam ada keturunan Jawa..owhh,no wonder la kan.. Dila pon macan teruja sebab tak pernah pakai aksesori bagai nih.. Dila on da spot, stuju! :)
Terus lena dalam senyum..hehehe

Pagi2 mai keja google baju Jawa..eksaited tros nak pakai..hehehe :)
Antaranya ialah.....

Berat tak benda alah atas kepala tu? huhu



Cantiknya penagntin dua orang nih... :)



Ni cyclist negara, Azizul Hasni and his wife..comel je dorang :D



I heart the most! Cantik sungguh isteri Tomok nih.. suka segalanya tentang baju nih..
Mungkin ada yang rasa baju Jawa ni sarat.. but for me its an art.. Tak dinafikan Dila mmg suka something yg simple.. But why not kita try something lain dari yg lain utk wedding kita nt..heee
Hope dapat jumpa baju macam Tomok and his wife...jatuh hati dah ni :))

Friday 22 February 2013

Idea Baju Nikah

Wah..wedding lambat lagi..gila semangat cr design baju nikah..
Nak wat cane, DIY snirik,terpaksa la prepare awal.
Siang full time i.d, mlm part time crafter,weekend part time wedding planner..
hamek kaww,tamak! Padan muka diri sendiri xckup masa ;(

Dila still blur with baju warna apa and design mcm mn.. Bila google, suma pon Dila nak..apa kes? Tamak lagi! Tapi Dila kalau boleh nk keep it as simple as possible..Untung2 baju nikah tu boleh pakai balik pi kenduri/raya..heheheheh (jimat baq hang!) :))

Calon-calon baju nikah idaman kalbu :


Teringinnya lahai nak pakai peplum..apakan daya "asetku' tak berapa nk sesuai...




 Baju depa sangat simple and menarik. Xsusah nk DIY!hehe




Ni pon simple tapi LAWAAAA sgt! 




Jeles tgk,sgt santai..nk mcm ni.. apakan daya,anak mami nk kena bling2 cikit jgk..haishhh




Ohmaiiii,jatuh terjelepok tgk baju ni,superb lawa!




baju ni feeling2 jln sambil kibas2 bagi manik sway..hehehe :)





Yg ni palimg suka antara semua..sgt2 simple.. pengantin pon lawa..untungnya! :)


Ada lagi idea utk baju nikah? Jom share dengan Dila...untung2 boleh buat sama, pastu pakat Boria kt Penang ni ha...hehehehe

Thursday 21 February 2013

DIY 2 : Doodle for cards,tags and etc

Olla Lovely!

Dila ada buat some doodle, Dila reveal satu dulu ye..
Dila tgh try and error for wedding thingy.. 
I drew this in 5 minutes time..sebab tu nmpk mcm incomplete..hueee

*kaki groom mcm ayu sgt plak kepit..huhu


Doodle is my passion! Tapi xreti wt drawing muka org..pelik kan? :P

update 22/2/2013 : Tnjuk doodle ni kat Ejam, dea cakap Dila salah draw. :(
" Eh, sptutnya bride ni montel lg"
ok,fine! -_-"

Sepupuku Blogger Dah Kahwin! :)

Assalamualaikum...

Harini Dila nk share few pictures masa wedding cousin Dila kat Kulim, Kedah.
She's also a blogger, and of course dea lg berpengalaman dari Dila.
Dila x sehebat dea..tau taip n post je..huhu

Link to her blog,

Tak mau tulis byk2, lets pictures do the talking!heeee :)
*gambar masa nikah xdak. Dila xsempat pi sebab keja :(

Majlis Resepsi Pihak Perempuan
Venue : Taman Kenari, Kulim
Date : 2 February 2013

Alolo..tomey kan depa nih? Sweet ja :)
Pelamin DIY by pengantin and her sister,tabik spring! :D

Family pengantin perempuan, merangkap PakNdak & MakNdak Dila..

Sesi suap menyuap kek..

Boleh tak Dila terbagi rosak kek ni ms nk setup..ganas sgt..sory pengantin.. I xsengaja..huk3.. sebek leh cover.. :P
Guest Wishes + Candy Buffet area, super cute right?
Pengantin gigh DIY with her sister..salute la dear! :)
Gambar masa makan xdak sebab Dila sampai lambat,lupa nk pas kamera kat Mama yg mai pagi2.. Dila gerak after kerja..sedih, Sabtu pon keja halfday.. Kesian K.Niza kena DIYsendiri dengan K.Pikah gara2 Dila xdapat cuti.. Maap ye pengantin & family.. Cheq janji, nt knuri K.Pikah I tlg byk2!hehehehe

Majlis Bertandang Pihak Lelaki
Venue : Taman Samudera, Manjung
Date : 10 February 2013

Kami gerak dari Kulim dalam pukul 7 pagi. Berebut2 bangun awal sebab nk chup toilet.. Dila & family petang Sabtu dh ada umah tok, senang Ahad gerak sekali gi Perak. :)

Dila yg jd penunjuk arah. Sebab Dila penah belajaq kt Uitm Perak, knon2 tau jalan la. Sebek la xsesat..huhuhu :P

Menuju ke rumah mertua :P


K.Pikah, big sister pengantin merangkap orang kuat majlis :)

Rombongan Kak Kiah dari Kulim:P


Salam jangan tak salam :P


Meja beradab..suka to the max!


Pelamin cantik,berseri2 pengantin kan? :)
 Ni jela few pictures yang Dila ada.. tukang amek gambaq sibuk makan lagi dr snap byk pictures.. gambaq diri sniri pon xdak..huee

to Kak Nyza & Abg Hanif,
Selamat Pengantin Baru..
Semoga kasih yang terjalin kan membina Baitul Muslim yang Sakinah..
May Allah bless this marriage..
Barakallahumma :)

Tutorial 2 : Felt Fabric Loop Flower


Cuti CNY haritu, Dila sempat isi masa lapang buat benda alah ni. Geram tgk Puan Mah buat comel sangat..hee.. So, Dila pon try la godek2 buat. Nak guna as bunga penanggah nt. Semangat pergi Daiso beli kain felt sebab situ murah ckit :)

Barang2 yang diperlukan :

Kain Felt 2 warna (terpulang pada citarasa msg2)
Glue Gun
Benang
Jarum
Button comel2
Brooch Pin


Step 1 : Ukur kain felt. Dila buat dua saiz. 8cmx1.5cm & 6cm x 1.5cm.



 Step 2 : Potong kain yg dh ukur tadi.



Step 3 : Cantum 8 keping kain tadi. Jahit jelujur ye. Senang nak tarik nanti.



Step 4 : Tarik benang untuk cantum kain td. Jadi macam gambar ni. Then matikan hujung benang.



Step 5 : Kemaskan bahagian depan bunga tadi. Dila buat dua saiz. yg besar kelabu, yang kecik kuning.



Step 6 : Gam bunga antara satu sama lain. Then, letak button kat tgh2. Kat blkg letak pin. Siap! :)



Ni fews yg Dila dah siapkan. Baru ada 12, nk siapkan dalan 100pcs. Sebab tu semangat buat awal. Takut penyakit M tetiba datang :P


Selamat mencuba semua!
Sapa2 yg dh buat, link ye..boleh kongsi dgn B2B lain..

Till then :*

Wednesday 20 February 2013

Hukum Majlis Khatam Al Quran

Assalamulaikum semua...

Dila ada sedikit kemusykilan. Tentang majlis khatam quran yang selalu diadakan sebelum majlis akad nikah bagi pihak perempuan.

Apa yang Dila kabur kat sini adalah, maksud sebenar khatam quran.
Hasil Dila bertanya sini dan sana, maksud sebenarnya ialah

" Khatam Al Quran bermaksud berjaya menamatkan bacaan Al Quran sebanyak 30 juzu "

Apa yang Dila faham dari ayat di atas, seseorang yang berjaya menghabiskan seluruh bacaan 30 juzu di dalam Al Quran boleh mengadakan majlis khatam Al Quran. Selain itu juga, menuntut ilmu sangat dituntut agama dan haruslah berguru. Tamat 30 juzu itu adalah dengan berguru, bukan bacaan seorang diri melainkan anda seorang hafiz/hafizah yang sangat cemerlang. Sudah hafal seluruh Al Quran. Tiada kesalahan dilakukan. Mustahil.

Erm, ada soalan untuk bakal pengantin yg nk buat majlis ni dari Dila..
Awak,awak dan awak dah habis mengaji 30 juzu? Kalau dh alhamdulillah, boleh la wt majlis khatam nih.. Kalau belom lagi,cepat2 la ye khatamkan. Al Quran ni la yang bagi kita syafaat di akhirat nanti. Mudah-mudahan kita x terlepas pandang apa yg wajib, dan apa yg haram.
Dila taknak sebab nak ada majlis ni, pengantin ambil jalan mudah, just baca surah terakhir ja ms majlis nanti, sedangkan yang wajib adalah KHATAM KESELURUHAN 30 JUZU.

* entry ni adalah pendapat dan pandangan dari Dila. kalau ada yg tak kena, harap diperbetulkan. sm2 kita mengingatkan satu sama lain ye. No offense. :)


Tuesday 19 February 2013

Boutonniere Ideas for Real Man

Boutonniere? Binatang apakah itu?huuu

boutonnière is a floral decoration worn by men, 
typically a single flower or bud. 

Owh..rupanya rosette/corsage/bunga duit yang salu org pakai kt kenduri tuh...
Btw,ermmmm....
Floral? For a man? Nak ke depa pakai..especially my lil bro..
Mampoih pujuk..pheww! Omputih kot la depa sgt open minded..pakai ja segala benda..

So,Dila nak share few others option yang boleh diadaptasikan ke atas
lelaki2 nachos macho yg berkeras takmau pakai bunga masa kenduri nanti...

Idea 1 : Pinwheel, Dila sangat suka.. comel dan menarik. Yg penting,jimat! 

Idea 2 : Feathers, unik kan?

Idea 3 : Feather, button & burlap, sangat maskulin.. :)
Idea 4 : Buttons & Felt, comel sangat!
Idea 5 : Paper Rosette, cool eh? Jimat jugak..hehehehe
Ada tak mana2 yang berkenan di hati? Jom DIY..heee..
Tak pon,meh tempah kat Dila..special price will be given to my blog readers (eh,ada ke?) :P

PM email Dila for the best price, joyahlovemeon@gmail.com

Till then,see yaa! :*

Penang, Syurga Photography!

Mengundang ja title kan..? :)
Dila ni mmg truly Penangites, hari2 pon fell in love with own place.
Xpenah jemu ajak sapa2 round island.
Dari pagi sampai malam,kalah orang keja 12jam kt kilang! :))

Jom Dila kongsi fews location yang jadi pilihan raja sehari untuk shoot their photo,

1) Cheong Fatt Tze Mansion (Blue Mansion), Lebuh Leith




2) Chew Jetty, Weld Quay



3) Penang Street, Georgetown






4) Tropical Spice Garden, Teluk Bahang



5) Peranakan Mansion, Armenian Street




6) Persisir Pantai Batu Ferringhi



7) Fews Vintage Cafe in Town
Behind 50 Cafe
Amelie's Cafe
klik for more pics

Eh,byk lagi tau yang Dila x kongsi.. Pjg sgt entry nih kalo nk gtau semua tempat yang best2.. terlampau byk..hueeee.. Kalo ada yg nk photoshoot kt Penang, roger2 la.. I'll guide few more attraction! Trust me, u'll never get enough with Penang! :)