Klik me once please! :)

Followers

Tuesday 18 March 2014

I want baby like seriously! T_T

Its been 6 months since our wedding.
Dah 6 kali period mai normally.
ya, saya takda masalah langsung dengan period.
On time ja selalu every cycle which is 31 days for me. 
Tak pernah cepat atau lambat.

First to third months of wedding, 
each time period, mesti nangis2 dekat hubby.
Sebab terlalu mengharap can get baby asap!
after that, period dok mai jugak regularly..
sampai bila period ja, tergelak.
sebab dah boleh agak tak peknen pon.
ye la, xda tanda mual ke, hape ke..nan hadooo!

During this super early trying to conceive baby period,
saya jaga makan.. amek acid folic non stop.. 
buat segala tips yg org bagi.. takda jugak!
end up, saya macam a bit dah give up.. Frust kot..
Suma benda pun takda hasil.

Kengkawan baru kawen sebulan, lekat dah.
Abang ipar pun kawen bulan 12,
bini dea dah peknen.
Me? Tak jugak! haish... ;(

Belum cuba mengurut, 
or pegi jumpa doktor.
coz takut kena gelak... 
Kang doktor tny
"awak dh bp taun kawen?"
"ermm.. baru 6 bulan"
LOL!!!

* I really want to have baby or babies! :(

Monday 10 March 2014

#PrayForMH370 :: Pulanglah Si Burung Besi::


Menanti dalam sangsi dan ngeri
Akan beritanya si burung besi
Hilang tiba-tiba keluar dimensi
Orang tersayang, tercari-cari.

Ke mana landasanmu, burung besiku
Semoga saja tak berkecai di langit subuh
Menggempitakan sunyi yang tak tersedarkan
Meraungkan hiba yang tak terungkapkan
Meski sebaitpun 'Mayday' tak kau pancarkan

Seluruh penghuni bumi ini, merinduimu, mendoakanmu
Agar tibanya kelibatmu di mana-mana mata lensa
Berselang dengan helaan lega.

Seluruh tubuhku ini, menggeletar beku
Kerana kaptenmu, duhai si burung besi
Pernah saja menerbangkan diri ini
Dari sudut sebelah Hindi ke bumi sebelah sini.

Belasungkawa kami untukmu
Apa saja berita darimu
Kami pohonkan kuat, kerabatmu semua
Kami pohonkan henti, tangisnya yang mencinta

Pulanglah kembali, burung besiku!
Kerana perkara yang paling perit itu-
Terbungkam panas dalam jiwa yang tak pasti.

- Keon Safaai -