Klik me once please! :)

Followers

Saturday 27 October 2012

Eday Review : Handbouquet


Eustoma? Roses? Carnation? Hydrangea? Ermm... none of this came out in my mind masa tengah cari idea untuk HB e-day. Reason, mahal satu. Then susah nk maintain. Takut layu cepat.

Fikir punya fikir,dapatla idea nak buat Fabric HB. Kebetulan masa tu belum ramai yang try this new style. Saya DIY dengan adik saya sambil tengok tv. Selamat la dia rajin nak tolong. Banyak kuntum nak kena siapkan. Ada la dalam 36. Setiap kuntum 3 layer. Maknanya kena buat 108 pieces. Banyak kan? Nasib la kesabaran tu masih kuat.

Alhamdulillah, saya puas hati, again dengan hasil tangan kami. Tak kemas, but valueable! Sebab kami tungkus lumus buat sendiri :)

Air tangan kami

Serabut itu seni! :)


Me!

Thursday 25 October 2012

Tutorial 1: Crepe Paper Pomander

Just a simple step untuk DIY your own Pomander. Sesuai buat centerpiece or decor kat guestbook table. Jom try! :)

First step: Sediakan barang
Crepe paper nipis 3-4 keping
Pasu
Polistrin saiz 4" (paling kecik kalau tak silap)
Dawai saiz 26 (easy to handle)
* glue gun (optional)
Saya gam polistrin kat pasu. Senang nanti tak terkeluar dah. Tak la golek merata ,stay situ je. :)

Second step: Potong crepe paper. Saya bahagi 6. Main agak je. Tak ikut ukuran sangat pun.

Third step: Ambil 3 keping (lebih pon boleh) lapiskan. Lipat sekali jadi bentuk kipas.

Fourth step: Gunakan dawai ikat di tengah. Jangan ketat sangat. Susah nak kembangkan nanti.

Fifth step: Tarik satu persatu untuk kembangkan kelopak bunga.

Final step: Adjust mana patut,siap sekuntum. Proceed sampai habis kertas. Nanti cucuk dekat polistrin.




Taraaaaaa....!
Siap dalam masa 1 jam sambil tengok Kabhi Kushi Kabhi Gam..hehe
 Yang ni after saya tambah mini wish.. sebab nak bagi dekat Mr.Fiance..
Miss you! :)

Oklah,harap faham la apa yang saya tutor kan. 1st tutorial ni, maaf kalau ada kekurangan. Selamat mencuba!

Wednesday 24 October 2012

Eday review : Attire

Sambil tunggu rendering 3D siap, saya curi2 update blog *sori bos memang tak sengaja.

Alkisahnya, saya tersangatlah suka berangan. Everyday dating dengan Mr.Google cari wedding things. Sampai la plan untuk tunang. Terus buka balik folder lama tengok baju yang saya penah save. Semangat.

Saya jatuh cinta dengan baju dari designer Syomir Izwa. Seriusly, semua design cantik. Lepas tu, jumpa pulak ButtonMyButtons, dengan signature bow kurung. Pon cantik. Dua-dua pon saya nak.Tamak kan? Saya suka chiffon,lace & pearls. So, saya gabungkan semua dalam attire saya.

Inspiration for my oufit - source ButtonMyButtons, Syomir Izwa, Nurita Harith

Mula dengan rough sketch, tunjuk dekat Mama (she is my Tailor..hehe). Mama cakap susah. Saya cakap senang. Padahal saya tukang lukis sesedap hati je. Workmanship tetapla Mama yang buat, pandai je cakap senang.

Untuk attire ni, kain saya beli di Kamdar Bukit Jambul. Mama terus buat baju saya ikut design yang saya bagi. Siap ja, Mama terus pas kat saya untuk proceed with detailing. Tiap malam mengadap benda alah ni siapkan detailing. Padan muka, nak sangat diy.huee

Final outcome, jadi la macam ni... Sengih macam kerang busuk.. bangga sat! :)

Lighting terang sangat,jenuh dok snap..thnx Muna & Syark!

Waistline - Borderlace,pearl beading and bow :)

Zoom detailing,tak kemas tapi saya puas hati sebab air tangan Mama and saya sendiri 
After sarung cincin,pose ayu sat ^_^

Nak tau total lost untuk seluruh attire? Meh saya reveal,

Kain Chiffon Mint Green 5m : RM25
Kain Lining 4m : RM10
Chiffon Light Yellow 1m : RM5
Border Lace 2.5m : RM21.30
Pearl Beads (lump sum) : RM6
Crystal Beads : Free (kawan cabut kat tudung nikah dia sebab sarat sangat,saya kutip..hehe)
Tailoring : Free (sebab Mama yang buat)

Total Burn untuk baju,veil & tudung (pon DIY,kedekut kan) : RM 67.30

P/s : Saya kedekut, sebab tu semua pon buat sendiri & paksa minta orang lain tolong saya prepare apa yang patut..hehe



Tuesday 23 October 2012

A Little Bit of My Engagement

Dah masuk 3 bulan, 3 minggu dan 3 hari we're engaged. Alhamdullillah, perasaan yang sangat bahagia. Syukran ya ALLAH..

My engagement was decided 3 months before tarikh majlis. Which is not expected at all. My Mama yang usulkan this matter. Kebetulan MakTok nak pindah rumah baru & Mama nak buat majlis khatam Quran untuk budak mengaji. So, why not combine with my engagement, save budget. Selamatla bakal tunang setuju. Meraung jugakla kalau kena reject..huhu :)

Everything adalah DIY by me, family & few friends. Sangat terhutang budi dengan semua. Especially geng Kenadisfam ( Muna, Yaya, Nad, Syark, Mira, Mirabella, Farah, Kelly), Azlia, Izzah and others. Ada yang balik Penang just nak tolong prepare apa yang patut, yang mai malam before majlis siapkan pelamin, yang dari pagi stay rumah tolong siang ikan, bas baru sampai dari KL terus datang rumah, tinggal suami semata-mata nak menolong and macam-macam lagilah. Tak terbalas jasa hampa semua.

Majlis saya tak besar, just jemput sahabat paling rapat. Ada la dalam 20 orang. Yang selebihnya kenalan family MakTok and saudara mara. Later I'll make reviews about my preparation one by one. But for now, enjoy this few pictures on my E-day :)


" Dua jam dah ni tunggu,abeh mekap cayaq. Tak mau mai lagi ka? "

" Montoknya jari, jenuh Makcik nak sarung"
Wanita yang paling saya sayang dalam dunia ni,Mama
My Abah. kerja kuat untuk bagi makan kami adik beradik. Masa ni jugak Abah cium dahi saya,  last he did is when I was 6 years old *trus nangis,malu 
Future "Abah" in law suap gula, adat orang Penang..
kalau tunang mesti kena suap gula.. Darah "Manis" la katakan
1st picture after menjadi TUNANG

My sibling, Afiqah,Afiq & Fatin
Outdoor di semak samun
Outdoor 2
Outdoor 3
Outdoor 4
Sahabat Ejam - Apuan, Adun, Ciko & Abg Chik 

Sahabat Dila - Muna, Nad, Syark, Fara, Syu & Bella














Monday 22 October 2012

Ini saya dan itu dia :)

Today is Monday,the laziest day of the week. Never being excited to wake up in the morning and go to work,NEVER -_-".

Ok, back to my tajuk above, I would to introduce ourself as the blog owner. I'm the narrator, he is the advisor, fair & square! :)

*pesanan penaja: sila jangan muntah bila dh scroll down*

Introducing us,
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



The Groom to Be :
Name: Mohamad Yusnizam Mohamad Yusoff
Nickname: Ijam
D.O.B: 6 June 1988
Origin: Batu Uban,Penang
Profession: Admin Assistant + Silat & Kompang Instructor  + Freelance Wedding Planner


The Bride to Be :
Name:  Sohibul Fadhilah Zakaria
Nickname: Dila
D.O.B: 16 May 1989
Origin: Sungai Ara, Penang
Profession: Interior Designer + Freelance Doodler + Freelance Wedding Planner

Friday 19 October 2012

Life after booked :)

Its not easy to be in this situation. Patutla orang cakap kehidupan di alam pertunangan ni banyak cabaran. And of course, saya tak terkecuali. But, believe me.. Through this process saya belajar untuk jadi a better person. I really learn a lot.

Alhamdulillah, Mr.Fiance seorang yang sangat memahami. He never complain of anything and tak pernah melenting whenever I made any mistakes. Trust me, no one perfect in this world. After our engagement, banyak benda yang we both experienced. I've become someone yang sangat sensitif. Merajuk for things yang tak masuk akal kadang tu. Pelik, tapi saya rasa semua yang dalam fasa ni mengalami benda yang sama. Sometimes tu nak nangis pun senang sangat. Jadi tersangatla fragile,sigh! -_-"

Alam pertunangan sangat indah bagi saya. Saya kenal pasangan saya lebih mendalam, which is kenal his hati budi, his family, relatives, friends and etc. Same goes with him. Masa ni juagakla nak tunjuk skill masak. Minggu ni masak kek.minggu depan buat lasagna. Heaven jadi Mr.Fiance,sebab saya rajin bagi makan. Tapi tetap la dia maintain kurus,saya jugak yang mengembang tak ingat dunia. Mama cakap, jangan sampai tak celuih masuk pintu sudahla @_@. Ok Mama,kakak ingat tu..

My advice to all yang dah bertunang atau bakal bertunang tak lama lagi,train yourself untuk jadi manusia yang sabar. Appreciate saat indah pertunangan anda dan pasangan. Dah kahwin nanti lain pulak penagalaman kita. This just happen once in a lifetime. :)


Thursday 18 October 2012

Picture speak a thousand words


Sebelum - Kepala ular still melengkoi ke arah saya. Macam ular tu attempt nak kiss saya pon ada jugak. Tengok Mr.Fiance, senyum bukan main lebar. Seronok sebab kena pegang ekor ja.

Selepas - After si ular gagal nak kiss saya, kepala dia melengkoi ke arah Mr.Fiance. Terus ja senyum jadi sempit. Gigi pon tak berapa nak nampak dah.

Untuk pengetahuan semua, Mr.Fiance saya sangat gelikan ular dan segala binatang yang seangkatan. Tapi after beberapa godaan pujukan saya, dia setuju nak ambil pic dengan si ular, dengan syarat saya yang handle kepala melengkoi tuh. Ni dah kali ketiga saya bergambar dengan ular, so steady je la..hehe :) Proud of my dear Mr.Fiance sebab berani sahut godaan cabaran saya. Lepas ni kita pegang buaya pulak okay :)


Wednesday 17 October 2012

Looking forward

Hye peeps!

This is the starting of my Bride to Be blog..
pretty excited actually * i know it sounded creepy

Previously what I do was blog walking through fews B2B blog,but now I've decided to have my own one.. Please ignore my previous post that got nothing to do with prepration or anything related to wedding. Like I said, this is the start. I would love to share my journey through happily ever after life,which is just a dream before.... but now almost become reality, pray for me please! :)

♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥