Klik me once please! :)

Followers

Friday, 16 November 2012

Eday Review : Katering,Doorgift & Bunga Telur

Sebenarnya majlis E-day saya ni combine dengan Majlis Khatam Al-Quran dan Kenduri Doa Selamat Maktok duduk rumah baru. So, bunga telur tu untuk orang yang datang khatam Quran. Doorgift pulak untuk yang lain2.

Tetamu Mama jemput 300 orang. Saya pulak just jemput 10 orang rakan baik saya untuk majlis E-day ni. Katering dari kawan Mama. Lauk ayam, kuah dal, gulai ikan kering (Mama wat sendiri) & Laksa Penang ( konon saya yang nak buat, tapi balik dari beli bunga tengok Acu saya dah siapkan..hee). Tak cukup okay, lauk habis awal. Abah beli ayam tambah lagi 10 ekor, Mama goreng..habis jugak! Ramai dah macam kenduri kahwin :P

Untuk doorgift E-day, saya just buat 50 pcs. Untuk kawan saya & pihak lelaki yang datang. Mama pon ada buat doorgift untuk tetamu lain. Isi sama je. Kuih kering & manisan. Lainnya just packaging. Kawan saya letak dalam brown paper, kawan Mama dalam bekas plastik ala tupperware (tipuware pon boleh) :)

Bunga telur saya DIY dengan Muna,kawan yang tolong saya wat pelamin tuh :) Rajin dia mai rumah saya siapkan bunga telur..hehe

doorgit E-day saya

bunga telur untuk khatam quran
malam kejadian..ni kawan2 sy yng turun padang

Mama & Makngah disebalik timbunan tipuware :)



No comments:

Post a Comment